 |
 |
The time now is Thu Aug 21, 2008 12:06 am |
|
|
Home | Forum | Arcade
| Author
|
Thread |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mada
Senior Member


Joined: 12 Jan 2007
Posts: 61 Karma: 0 (0)
0 Cash
Location: buaya sungai, selangor |
copy paste from Black
lawatan ke umah ustat Roslan
Masa:12 tengahari
Tempat:Masjid UIA
Agenda:Berkumpul dan bertolak
Kehadiran:2 orang
Siapa yang hadir?:Muhammad Niswan dan Black
Masa:kira2 pukul 2-2.30 petang
Tempat:Rumah Ust Ruslan
Agenda:Jumpe ustat la.
Catatan:
1)Rumah ustaz jauh beb,di Padang Tengku.Kira2 40 minit dari SEMESTA.
2)Tujuan lawatan adalah melihat sendiri keadaan ustaz yang dikatakan sakit.Ustaz memberitahu bahawa beliau mengalami sejenis sakit saraf yang dikatakan berpunca daripada kemalangan2.Menurut ustaz lagi,die memang ade 2-3 kali eksiden.Pernah eksiden di Mesir ketika menaiki bas.'Ala kulli haal,ustaz tidaklah selemah itu.masih mampu bernafas dan menjalani kehidupan seperti biasa,cumanya sangat sukar untuk beliau berdiri dalam jangka waktu yang lama.dan penyakit ini telah lama rupanya.menurut beliau,itulah sebabnya beliau tidak pernah menjadi imam kerana khuatir akan duration yang lama bila menjadi imam.banyak kali juga beliau solat duduk bilamana solat terawikh.
3)Kami makan di rumah ustaz.cara beb,sedap gile lauk.masak lemak kuning yang popular di pahang,cume bukanla menggunakan ikan patin.pakai ikan laen a.(walaupun sepanjang jalan memang mengharap ustaz masak ikan patin,haha)Dalam pukul 4 lebih,kami beransur pulang dari rumah Ust Lan.
Masa:dalam waktu asar,tapi lewat sket a,5 lbeyh rasenye.
Tempat:SEMESTA itulah namanya!~!~
Agenda:Solat Asr.Seterusnya berjumpa dgn pengerusi Badais,Wan Muttaqin.
Catatan:Wan Muttaqin mengupdatekan keadaan program usrah yang baru dilaksanakan selepas cuti ini.Untuk makluman,program usrah di SEMESTA dijalankan di kamar-kamar pelajar dengan naqib-naqibnya di kalangan pelajar juga.Muttaqin telah mengutarakan masalah masa yang mana ramai pelajar sibuk pada Sabtu malam,menjadikan sukar untuk menjalankan usrah.
Tindakan:Muttaqin diharapkan bersabar,dan menjalankan sahaja dahulu sebelum AlBadar merangka sistem dan perjalanan usrah dalam meeting yang akan datang.
Masa:Pukul 6 kot.
Agenda:Bertolak pulang.
Perasaan:Tak cukup beb.kejap sangat.tapi nak wat cmne,esoknye keje,lantas rindu terhadap sekolah harus diletakkan ke tepi dahulu,disimpan elok2 dalam hati.Satu hari nanti perlu berbakti di sini.Satu hari nanti.
Perjalanan ini walau sangat meletihkan tapi memberikan kesan yang hebat.Terasa jiwa perlu membalas kembali jasa dan pengorbanan seluruh warga SEMESTA yang pernah mencurahkan ilmu dan kasih sayang.Tambah menyentuh melihat ustaz yang sakit,yang selama ini gigih mendidik jiwa ini menjadi insan.syafahuLLAH kepada ustaz,doakan kecemerlangannya di dunia dan akhirat.
Ayuh,tanamkan kembali azam.Siapa lagi kalau bukan anak SEMESTA sendiri yang bakal menjadi penggerak2 dan penolong agama Allah dalam memastikan bi'ah yang cukup baik di sana.saya doakan kecemerlangan kita bersama,seterusnya seluruh pendakwah2 seantero dunia.
BarakaLLAHu fikum.
|
Mon Jun 30, 2008 1:39 am |
|
|
|
|
|
|
|
|
useful
Moderator


Joined: 11 Dec 2006
Posts: 769 Karma: +2 (10)
0 Cash
Location: somewhere in the middle... |
quote: Originally posted by lonewuzz03: klo nk gi inform la...umah dkt ngn pdg tengku tu..nk dok umah pon ok
best tuh! _________________
WONDERFUL LIFE
|
Fri Aug 08, 2008 7:33 am |
|
|
|
Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|
|
|
|
|
 |
|
 |
|